NRC11                                                        (Najib Razak Club)

Activities

Gotong Royong Masjid & Kubur Bagan Serai

Tarikh: 28 Mei 2016, Sabtu
Masa: 8.00 pagi – 12.00 tenghari
Tempat: Masjid Jamik Kg Padang Lalang

Program ini telah berjalan dengan jayanya. Seramai 80 orang penduduk hadir untuk bersama-sama mengindahkan masjid Kg Padang Lalang. Penerimaan penduduk terhadap program ini sangat positif. Seluruh Penduduk kampung telah merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak NRC11 yang telah menganjurkan program gotong-royong. Harapan kami agar penduduk kampung terus mengekalkan semangat bekerjasama dan saling bantu membantu.

See Gallery


Program Gotong royong Tanah Perkuburan Kg Changkat Gombak

Tarikh: 29 Mei 2016, Ahad
Masa: 8.30 pagi – 12.30 tengahari

Gotong royong tanah perkuburan ini diadakan setiap tahun terutama sebelum menyambut bulan Ramadan. Tahun ini gotong royong tanah perkuburan kg Changkat bukan sahaja melibatkan penduduk kg Simpang 3 tetapi melibatkan penduduk berdekatan iaitu kg Changkat dan Taman Greenwood.

Penduduk yang hadir lebih 80 orang telah bersama-sama membaca surah yasin, tahlil arwah dan doa selamat, seterusnya membersih dan mengecat pusara. Program ini mendapat sokongan dan kerjasama kuat daripada kumpulan NRC11 dan JKKKP Kg Simpang 3. Penduduk juga telah bersama-sama membawa makanan dan juadah bagi menjamu semua yang hadir membantu.

See Gallery


Program Belia NRC11 Sarawak

Masa: 8.00 pagi – 4.00 petang
Tarikh: 1 May 2016, Ahad
Tempat: Pusat Belia, Pejabat Pembangunan Sosial, Miri Sarawak

Seramai 30 orang belia telah terlibat dalam Program Belia NRC11 yang bertemakan Running-man baru-baru ini di Pusat Belia, Pejabat Pembangunan Sosial, Miri Sarawak. Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah, kolej serta universiti. Mereka telah bertanding dalam sukan lari berganti, baseball, dodge ball, volleyball, handball dan tearing nametag.

Objektif program ini adalah untuk membina semangat kerjasama serta kekuatan mental dan fizikal dalam kalangan belia supaya mereka mampu menghadapi cabaran yang mendatang. Inilah aspek dan sudut kekuatan belia dan beliawanis yang harus kita semai dan sokong agar generasi yang bakal menjadi tulang belakang negara ini mampu bersatu membangungkan negara.

See Gallery


Sukan Rakyat Bagan Serai

Tarikh: 24 April 2016
Masa: 7.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Kg Parit Ali Kalang, Bagan Serai

Setelah melihat kejayaan penganjuran sukan rakyat Titiwangsa yang melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat dan umur, saudara Rosli terpanggil untuk menganjurkan Sukan Rakyat di Kg Parit Ali Kalang, Bagan Serai rentetan 2 siri aktiviti komuniti :gotong royong di kampung-kampung berhampiran.

Pasukan penganjur turut disertai saudara Md Noor Adam Nordin (penganjur bersama Sukan Rakyat Titiwangsa) dan Saudara Md Zakwan (yang ingin melihat kesesuaian sukan rakyat di kawasan Sg.Petani/Alor Setar). Beberapa sukarelawan tegar dari Kuala Lumpur turut bersama saudara Rosli dalam membantu En. Othman, seorang penganjur tempatan dalam memastikan edisi sukan rakyat kali ini mendapat sambutan lebih 100 penduduk kampung dengan penyertaan dari seisi keluarga.

Bermula dari jam 7:30 pagi, antara acara yang dipertandingkan ialah pertandingan memasak ikan keli, peraduan mewarna untuk kanak-kanak dan pelbagai aktiviti permainan tradisi kampung yang dijalankan seperti Bowling Kelapa dan lain-lain. Lebih 70 peserta bertuah membawa pulang token saguhati.

Saudara Adam dalam mengulas pemerhatian beliau berkata sebagai anak negeri Perak, beliau berpeluang beramah mesra bersama imam tempatan (antara pegawai surau tertua di parlimen itu) dan berkongsi rahsia-rahsia kejayaan beliau dalam memupuk ukhuwah dan kesatuan di antara penduduk kampung. Antaranya ialah beliau turut mempromosikan kegiatan kemasyarakatan seperti Sukan Rakyat NRC11: Najib Razak Club di dalam tazkirah dan taklimat ringkas beliau selepas Solat Maghrib/Isya’ berjemaah.

Pengarah Program, Saudara Rosli dan En. Othman menzahirkan kesyukuran kerana sambutan hebat yang diberi penduduk sejak jam 7 pagi. Apa yang lebih manis ialah senyuman yang terukir di kalangan peserta baik yang menang mahupun tewas dalam bersuka ria bersama keluarga tercinta.

See Gallery


Program Gotong Royong Kg Kor Ketereh Kelantan

Tarikh: 16 April 2016, Sabtu
Masa: 9.00 pagi- 6.00 petang
Tempat: Kampung Kor Ketereh Kelantan

Pada 16 April 2016, satu acara gotong royong membersih masjid dan mengecat sekolah telah diadakan di Ketereh,Kelantan. Program yang bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 6 petang telah disertai oleh sukarelawan dari NRC11 seramai 20 orang, Youth Kelantan seramai 10 orang, Sahabat Yadim UMK seramai 20 orang serta sukarelawan dari Universiti Tenaga National dan Universiti Kebangsaan Malaysia seramai 40 orang. Tujuan program gotong royong ini diadakan adalah untuk membersih Masjid Kg kor yang juga merupakan antara masjid tertua di daerah Ketereh. Sukarelawan juga turut membantu untuk mengecat Sekolah Kebangsaan Kg Kor dengan dikawal selia oleh pihak PIBG sekolah terbabit. Program santai ini telah berjaya menarik penyertaan 50 orang penduduk kampung untuk meluangkan masa membantu menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Terima kasih kepada semua yang telah hadir bagi menjayakan program ini.

See Gallery


NRC11 Sarawak Ramah Mesra & Amal: Derma Beras dan Mewarna

Tarikh: 24 April 2016, Ahad
Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Kampung Peliau Bungai, Berkenu Miri

NRC11 Sarawak telah ke Kampung Peliau Bungai untuk beramah mesra sambil beramal bersama penduduk kampung. NRC11 Sarawak telah disambut dengan begitu baik oleh penduduk kampung. Untuk program kali ini, antara aktiviti yang telah berjalan adalah derma beras kepada penduduk kampung dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan dewasa. Tujuan program kali ini adalah untuk berinteraksi dan berhubung dengan penduduk kampung Peliau. Harapan program kali ini adalah agar aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Program kali ini telah memberi pengalaman yang sangat bermakna buat ahli NRC11 Sarawak dan penduduk kampung Peliau. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga program seperti ini dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat.

See Gallery


Gotong Royong Perdana Bentong

Tarikh: 16 April 2016, Sabtu
Masa: 7.30 pagi- 11.00 tengahari
Tempat: Masjid Al-Makmur Bentong

PProgram gotong royong perdana di Bentong kali ini dibantu oleh Jabatan Bomba, JKKK kawasan setempat, Sukarelawan Bentong & ahli jawatan kuasa masjid serta penduduk Taman Perumahan Desa Damai. Kesemua 80 orang sukarelawan yang hadir telah bersama-sama membersihkan kawasan Masjid Al-Makmur bagi menceriakan dan memastikan kawasan masjid bebas dari pembiakan nyamuk aedes. Program bermula sedikit awal dari iaitu 7.30 dengan harapan dapat berakhir awal kerana risau akan cuaca yang panas. Jam 11.00 pagi program telah selesai dan ternyata kehadiran pihak Bomba amat membantu dari segi peralatan dan tenaga kerja. Terima kasih dan tahniah kami ucapkan kepada yng telah menjayakan program. Syabas!

See Gallery


Gotong-rotong Serentak April @ Rumah Ibadat

Tarikh: 17 April 2016, Ahad
Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: 1) Surau Al- Jabbar, IKS Jalan Ayer Keroh
2) Tokong Taman Air Panas
3) Amman Temple Semarak

Gotong royong kali ini membawa sedikit kelainan bagi melibatkan seluruh penduduk taman Air Panas untuk bersama-sama membersihkan perkarangan rumah ibadat di kawasan sekitar. Program dimulakan dengan membersihkan tokong Taman Air Panas kemudian bergerak ke Amman Temple Semarak an berakhir di Surau Al-Jabbar. Tiga rumah ibadat di kawasan sekitar telah menjadi tumpuan aktiviti gotong royong kali ini. Program bermula dari jam 8.00 pagi berakhir pada jam 12.00 tengahari. Tujuan gotong royong kali ini bukanlah sekadar membersih dan menceria malah memupuk semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan agama, Walaupun kita berbeza warna kulit dan kepercayaan namun kami percaya sebagai rakyat Malaysiakita mampu untuk melihat lebih jauh dari sekadar batasan agama dan bangsa. Terima kasih kami ucapkan kepada pengelola NRC11, saudara Azlisham yang telah merancang aktiviti kali ini dan semua yang terlibat dalam menjayakan

See Gallery


Home Invasion: Ziarah Amal Kuala Kangsar

Tarikh: 17 April 2016, Ahad
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat: Kampung sekitar Kuala Kangsar, Perak

Ahad yang lalu, 21 sukarelawan daripada NRC11, Badan Amal Tahqiq dan Majlis Ayah Meor mengembleng tenaga dan sumbangan dalam satu jelajah amal ke 4 buah kampung menjejaki golongan yang kurang bernasib baik. Selain mengumpulkan sumbangan untuk 15 keluarga penerima yang bertuah, sentuhan kasih ini juga berpeluang untuk meluangkan masa bersama keluarga-keluarga penerima terutamanya warga emas yang turut menjaga anak-anak kurang upaya.

Kebanyakan penerima tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik yang membataskan kemampuan mereka untuk bekerja bagi menyara kehidupan mereka. Maka mereka amat bersyukur malah turut mengalirkan air mata apabila menerima kunjungan sukarelawan. Selain sumbangan barangan keperluan harian, ziarah kami disambut dengan girang oleh adik yang menderita penyakit saraf selama 16 tahun.

Salah seorang dari penerima terpaksa tinggal di sebuah stor rumah separa siap akibat kemalangan beberapa tahun lepas yang menghalang beliau dari bekerja. Kebanyakan penerima sumbangan telah menzahirkan kesyukuran atas kunjungan dan bantuan kecil yang dihulurkan. Perasaan sebak ini turut dikongsi bersama-sama sukarelawan yang hadir.

Pengarah Program , ahli NRC11 sejak 2012, Saudara Fazil menyatakan kegirangan beliau menganjurkan program ini kerana masa berkualiti yang diluangkan bersama-sama anak-anak kelainan upaya yang seronok melihat kunjungan orang luar yang prihatin. Penganjur bersama juga Pengerusi Badan Amal Tahqiq, saudara Meor Hamdan yang menyumbang lebih separuh dari barangan yang disumbangkan meninggalkan amanat kepada sukarelawan bahawa apa yang dihadiahkan/sumbangan dengan keikhlasan tidak mengharapkan balasan untuk meringankan beban selain mengikat nilai-nilai kemasyarakatan.

See Gallery


NRC11 Give a Smile: Home Invasion Rumah Jalinan Kasih Cheras

Tarikh: 7 April 2016
Masa    : 9.30 malam – 11.30 malam.
Tempat: Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak Yatim / Miskin, Cheras.

Home Invasion kali ini melibatkan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak Yatim / Miskin, Cheras. Seramai 8 orang sukarelawan NRC11 berkunjung ke rumah kebajikan ini. Dalam kunjungan ini kanak-kanak ini telah dihiburkan dengan persembahan badut dan juga di hidangkan minum malam.

Dalam aktiviti ini sukarelawan NRC11 telah bersama-sama mendengar luahan daripada anak-anak di rumah ini dan juga penjaga rumah kebajikan ini. Melalui kesempatan ini juga beberapa kata-kata semangat daripada sukarelawan NRC11 telah dikongsikan bersama mereka agar harapan dan impian anak-anak ini tidak pudar ditelan arus masa dalam perjalanan mereka untuk bergelar dewasa. Segala ujian yang dilalui mereka itu bukan satu penghalang untuk mereka menjadi insan yang berjaya pada masa hadapan.

Tahniah diucapkan kepada sukarelawan yang telibat dan semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dan keredhaan dari-Nya.

See Gallery